HANYA INSAN BIASA YANG SERBA KEKURANGAN

Tuesday, 21 February 2017

KEWAJIPAN PUASA

Hai semua :) 

Maaf atas tindakan aku dengan memadam entry yang aku dah buat sebelum ni :/ aku padam sebab tak yakin dengan apa yang aku tulis. almaklum lah, aku masih belajar. so kalau nak share something tu. haruslah ade keyakinan. kang kalau kite share tu benda salah. kan dah buat orang salah faham . 

entry kali nie, aku nak share pasal puasa :) Hari nie, dalam kelas Tafsir Ayat Ahkam, kiteorang belajar tentang ayat dalam surah Al-Baqarah ayat yang ke 183 . 

Bismillahirrahmanirrahim .. 


Bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa  (AlBaqarah 2:183) 

Pada ayat ini, Allah S.W.T menyeru orang-orang beriman untuk melaksanakan puasa yang telah termaktub di dalam Rukun Islam yang ke-3. Puasa ialah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa daripada terbit fajar sehingga tenggelam matahari dengan niat ikhlas kerana Allah. Allah juga telah menerangkan bahwa sebagaimana Dia telah mewajibkan puasa pada orang-orang beriman dan Dia telah mewajibkan pula puasa kepada orang orang yang sebelum mereka. Maka, dalam kontens ini, terdapatlah suri teladan bagi mereka. 

Sebagaimana, yang kami belajar dalam Ayat Ahkam. antara asbab nuzul puasa ialah puasa itu diwajibkan hanya pada hari tertentu sahaja. Pada awal perkembangan Islam, puasa dilakukan tiga hari pada setiap bulan, tetapi kemudian ketentuan ini dimansukhkan (dihapuskan) dengan kewajipan puasa Ramadhan. 

Muaz bin Jabal berkata : "Puasa ditetapkan melalui tiga tahap, iaitu: 1. Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, baginda melaksakan puasa tiga hari setiap bulan dan puasa Asyura. 2.Kemudian Allah mewajibkan puasa Ramadhan dengan menurunkan ayat 183 dan 184 surah Al-Baqarah. pada tahap ini, kewajipan berpuasa Ramadhan masih berbentuk pilihan: sesiapa yang hendak berpuasa maka dia melaksanakan puasa dan yang tidak melaksanakan puasa maka dia mesti membayar fidyah. 3.  Allah menurunkan ayat 185 surah al-Baqarah. Dengan ayat ini, Allah SWT menetapkan kewajipan berpuasa ke atas orang muqim (yang tidak bermusafir) serta sihat. sementara untuk orang yang bermusafir dan sakit, Allah memberikan keringanan untuk tidak melaksanakan puasa." 

Di dalam puasa terkandung hikmah penyucian, pembersihkan dan penjernihan daripada kebiasaan-kebiasaan yang buruk dan akhlak yang tercela. sebagai contoh, dengan berpuasa, kita dapat mendidik diri kita daripada sifat boros dalam berbelanja. selain itu, kite juga dapat merasai keperitan hidup orang miskin yang kurang pendapatan sehinggakan terpaksa ikat perut dalam kehidupan seharian. 

dari segi sains pula, berpuasa dapat membersihkan anggota dalaman kita, terutamanya sistem penghadaman dalam tubuh badan kita. Selain itu, berpuas juga dapat mengurangkan berat badan. dengan syarat, waktu berbuka nnti. makan lha yang berpada-pada jangan lah waktu buka kita beli segala jenis macam makanan yang kita suka. nanti akhirnya membazir. kan dah tak elok tuuu. ish ish ish 

Berpuasa juga dapat mendidik diri kite dengan sifat sabar. iye lhaa, sabar. jangan marah marah. kalau ade orang buat kita marah. istighfar bebanyak. ingatlah yang kita nie puasa. puasa juga dapat mengawal nafsu kita. nafsu makanan terutamanyaaaaa. heheheee. 

so, kesimpulannya. banyak benefit yang kita dapat daripada melakukan ibadah puasa, tak kisah lha. puasa sunat ke, puasa ganti ke, puasa sebab bernazar ke. yang penting niat :) 


Daripada Sahi r.a , dia berkata, Nabi SAW bersabda : "Sesungguhnya, di dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dnamakan Ar-Rayyan. Melalui pintu itulah, pada hari kiamat kelak, orang-orang yang gemar melakukan puasa akan masuk ke syurga. Seorang pun tidak akan dapat masuk melalui pintu itu selain mereka (yang puasa). Dikatakan kepada mereka, " Dimanakah para ahli puasa? Mereka pun berdiri dan menghadap. Tidak akan ada seorang pun yang masuk melalui pintu tersebut selain daripada mereka. Apabila mereka semuanya telah masuk, pintu itu kembali ditutup dan tidak ada seorang pun yang masuk melaluinya" (Hadis Riwayat Al-Bukhari) 

Wallahu a'lam.. 



Tuesday, 31 January 2017

kasih ibu membawa ke syurga

Idola ? 

apa itu idola ? 

idola adalah... acecewah. dah macam karangan BM lah pulak kan :3 hahahaa. idola tu, banyak maksud. tak banyak, cuma lain orang lain pendapatnya pasal idola. secara umumnya, idola adalah seseorang yang kita contohi. 

begitu jugak aku, aku pun ada idola aku sendiri. idola yang paling aku sayanggggg dan paling aku rindu saat ini. sudah semestinya, 

My MOM ! 💓💓💓


Kenapa aku jadikan ibu sebagai idola hidup aku. banyak sebab. terlalu banyak aku nak describe. ibu ? cakap pasal ibu, mesti lah ibu akan buat apa sahaja untuk anak anaknya. macam tu jugak ibu aku. ibu besarkan kami tiga beradik yang bermacam macam ragam. bukan nak kata ayah tak besarkan kami. bukan begitu bah. hahahaa. tapi kami lebih rapat dengan ibu berbanding ayah. 

as example, makanan . aku rasa aku dah explain pasal makanan dalam entry aku yang awal sekali. yaa, ibu tak pernah merungut. even kena masak banyak lauk dakam satu masa. jauh sekali aku dengar ibu merungut. malah, ibu akan masak jugak. sebab ibu tak nak anak anak dia ada yang tak makan. ibu memang macam tu. kalau ibu ada masa lapang, ibu akan ajak aku buat kek coklat. paling simple kek batik biskut marry. sebab tu kek kegemaran semua. kalau buat tu, memang cepat lah habis. siapa yang makan ? mesti lah aku dan eryna. hahaha. bila aku balik rumah. mesti ada makanan favourite aku 😀 or ibu akan tanya aku nak makan apa . heee. almaklom lha, aku sorang anak nya yang belajar jauh. 

Ibu rajin ^^, kalau ibu cuti kat rumah. memang semua kerja rumah dah siap lha ibu buat. sampai kekadang aku tak tahu nak buat apa. biasanya memang aku tolong ibu masak lha. sebab bile aku balik, aku lha jadi peneman ibu kat rumah. tapi bila aku masak dengan ibu. lebih banyak bercakap. so masak nya amek masa sikit. hahahaha. ibu jarang buat sarapan. sebab apa ? anak nya jarang makan pagi. kalau aku kat kolej. sikit je lha ibu buat sarap. memang pepagi ibu yang sediakan makanan. hantar eryna g sekolah. ayah kerja malam. pagi terus masuk kerja pagi. so memang pagi ibu yang uruskan adik adik. nasib izzat dah besar. pandai lha kan dia uruskan diri sendiri. hehee. 

ibu ajar aku banyak benda. macam.. kalau kite ade masalah. jangan cerita sangat dengan orang. tak semua orang paham kite. biar kite je tahu macam mane susah nya hidup kite. jujur aku kata, umur aku 17. baru aku tahu macam mana susah senang ibu besarkan kiteorang. tapi selama aku sekolah asrama. aku tak pernah tahu apa jadik kat rumah. betapa ibu tabah rahsiakan bende bende yg kecik and besar sekali pon. sebab nak aku fokus belajar. tapi aku memain jugak. tu lha sampai dapat result pun tak membanggakan.

ibu tetap terima baik dan buruk kekurangan kiteorang adik beradik. tak pernah downkan kiteorang. even kekadang perangai kiteorang adik beradik. pencapaian kiteorang adik beradik tak membanggakan. ibu sentiasa ada dengan kiteorang. tipu lah ibu tak bebel. ibu? dah memang lumrah seorang ibu. marah tandanya sayang (: marah sekejap je. nanti esok lembut dah hantinya. heheee 


thats why, aku jadikan ibu idola aku. sikap ibu. tabah . berani apa semua. aku cube ikut. hek hek. 2 februari nanti birthday ibu yang ke 44 tahun. tua ke? tua pada umur. tapi ibu tetap muda bagi aku. semalam aku dah beli dah hadiah untuk ibu. tu yang minggu nie excited nak balik sebenarnya. bukan apa, jujur aku kata. nie first time aku bagi ibu hadiah. gune duit aku. padehal, hari tu balik. ibu baru pesan. "jangan boros kakak" hahahaaaa. tu yang tak sabar nak balik minggu nie. heee.



 i miss my mom. 


Saturday, 21 January 2017

Fi Hifzillah, bakal imamku (:

"Pasangan Hidup"

saat telinga menangkap perkataan pasangan hidup, fikiran mula membayangkan bagaimana pasangan hidup kita nanti. Ada yang berdegup kencang, ada pula yang berlagak biasa. seolah olah berada di alam mimpi, sang puteri menantikan putera hidupnya. dan sang putera tercari cari pemilik kasut. macam cerita dongeng pulak kan . Hahahaa.

JODOH 

bila bercakap pasal jodoh, semua tahu. jodoh itu rahsia Allah. ketentuan Allah. ada orang yang sedang menantikan jodohnya. ada pula yang terpaksa melalui duka dan perit dengan insan yang tidak tepat. yang penting semua yang terjadi ada hikmahnya tersendiri.

bercakap soal pasangan hidup, bagi aku ...

aku dah pernah dikecewakan. pernah disakiti. pernah rasa give up dengan semua lelaki. sampai rasa benci dengan lelaki. aku bangun sendiri. aku lost waktu tu. macam dah tak ada apa apa. 

" Kenapa lelaki itu pergi ? 
  sebab kau berdoa kepada Allah untuk dapatkan lelaki yang terbaik. 
  Dan lelaki itu bukan orang nya " 

"jika kita jatuh sebab manusia, bangkitlah kerana Allah" 

sehingga datang seorang lelaki dalam hidup aku. yang pada mulanya kami hanya sekadar berkawan. dah berkawan, loss contact kejap. bukan loss, tapi ada jurang antara kami. waktu tu, aku hanya mampu berdoa semoga diberikan yang terbaik. 


Dan suatu hari, dia muncul dan menyatakan isi hatinya. selang seminggu, dia bawa aku berjumpa dengan family nya. pertemuan yang tidak dirancang. dalam keadaan aku tidak sedia. sungguh, aku tak ada pengalaman langsung jumpa mak orang. memang dia ada niat nak bawak aku jumpa mak dia, tapi tidak seawal ini. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. 

perwatakannya sangat menyenangkan aku. tutur bicara nya lemah lembut. jarang sekali aku dengar dia sebut perkataan perkataan kesat. kadang kadang, aku sendiri malu dengan diri sendiri. kalau aku ada buat silap, dia tegur apa silap aku. tak kisah dari segi tutur bicara, sikap aku. dan juga pakaian aku.
Rupa paras ? Bagi aku hati lagi penting. rupa hensom tapi kalau menyakitkan hati kita. tak boleh jugak kan? yang penting hati dia ikhlas berkawan dengan kita. well. sesetengah orang, suka lelaki yang badan sado sado. bagi aku, tak kisah lha fizikal dia macam mana sekali pun, yang penting mempunyai iman yang sado. aku nie masih banyak kekurangannya. banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki.mana ada insan yang sempurna dalam dunia ni. semua ada kekurangan dan kelebihan masing masing. itu lah function nya, allah mencipatakn setiap orang itu berpasang pasangan. untuk saling melengkapi antara satu sama lain. 

kalau nak cerita pasal ni, memang tak habis lha. yang selebihnya biarlah menjadi rahsia aku :)

Aku dah bawak dia jumpa ibu bapa ku. Dia dah bawak aku jumpa ibu ayah dia. sekarang kami hanya perlu bersaing mencapai cita-cita kami. seperti dia yang ingin tunaikan hasrat ibu dan ayahnya ingin melihat dia sambung ijazah, dapat kerja kerja bagus sebagai satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya. manakala aku, tekad membantu ibu dan ayah membesarkan adik adik. aku ingin senangkan kedua ibu bapaku dahulu, baru fikir soal kahwin. 

aku pasti, suatu hari nanti. kami akan berpisah dan membawa haluan hidup masing masing. menunaikan tanggungjawab seorang anak kepada keluarga. dan memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik. pada ketika itu, aku hanya mampu berdoa semoga ia hanya perpisahan semenatara. memang betul orang kata, jodoh itu dah ditetapkan Allah. tapi kita kena ingat, doa mampu mengubah takdir. yang penting kita kena yakin dengan apa yang kita buat ^^, 


" If it's means to be, it will find it's own way. just trust the power of Dua and stay strong "

Fi Hifzillah bakal imamku (: 


Friday, 20 January 2017

TENTANG AKU

Bismillahirrahmannirrahim.. 

Assalamuaaikum dan Hai :) 

seperti yang sedia maklum, minggu lalu. aku ad buat entry tentang keluarga aku. sebab waktu tu. perasaan rindu tu membuak buak. aceceh. siapa je tak rindu family, right ?

jadi, entry kali nie, aku ingin memnceritakan serba sedikit tentang AKU. 

Nama diberi, Nur Syafawani binti Arifin. AKu lahir bertarikh, 23 MEI 1997. dah masuk 20 tahun dah untuk tahun 2017 nie. Lahir dekat Hospital Tangkak. dan dibesarkan di Kampung Bekoh. Seperti yang sedia maklum, aku adalah anak sulung daripada 3 adik beradik. 

Aku memulakan pendidikan prasekolah pada usia 6 tahun. Sekolah Kebangsaan Bekoh, sekolah tak berapa nak besar, dan tak berapa kecil. Dekat dengan rumah aku. Aku start aktif dalam sukan since darjah 4, sukan dan jugak akademik. Lompat jauh, lompat tinggi, lumba lari. semua aku conquer. almaklom lah dulu kurus lagi. Hahahahahaaa. dari segi akademik, aku involve dalam pertandingan mengarang, kuiz dan tulisan khat. Dan, Alhamdulillah aku mendapat 5A dalam UPSR. 


padang sekolah

Aku melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar. awalnya, aku langsung tidak ada niat nak sambung di sekolah agama. lebih lebih lai aliran agama. ada sabjek arab. atas permintaan ibu dan ayah, aku daftar masuk sekolah tersebut. antara sebabnya, ada akak sepupu aku sekolah situ. so senang nak buat pape ape urusan. 

Maahad Muar 


Masuk je ke alam menengah, aku pasang niat. tak nak aktif dalam apa apa bidang. tak kisah lha akademik atau pun koko. konon nak jadi murid yang pasif lah. form 1 je aku bertahan, masuk form 2. aku terlibat dengan pertandingan kawad kaki bagi skuad Kadet Remaja Sekolah (KRS)sampai lah ke form 5 aku setia berkawad untuk KRS. sambilan, join pertandingan bola tampar peringkat daerah waktu form 4 dan form 5. itu pun dah cukup pack bagi aku :3 





Aku tamatkan alam persekolahan tahun 2014. macam macam suka dan duka pahit dan manis sepanjang sekolah dekat sini. bak kata senior aku, 

" kalau tak ada kenangan tu , tak bermakna lha "

Memang alam persekolahan lah alam yang paling aku rindu.









kelas 5 Mujahid 2014







Orang kata, tak legend lah kalau dah habis sekolah tak panjat tangki sekolah. so, habis je paper SPM. keesokan harinya, lepas subuh. kiteorang pergi lah panjat tangki sekolah kat belakang rumah warden, sebagai kenangan terakhir kat Maahad. 

pemandangan sdari tangki sekolah. 

Result SPM aku tidak membanggakan ibu dan ayah. Aku tidak diterima di IPTA. Ada nama aku, tapi untuk penggilan kedua di UITM Lendu course Teknologi Pejabat. Tawaran lain, form 6 aliran sains. Asalnya, aku bekerja di Cafe Kolej Komuniti. akak yang satu kerja dengan aku. kenalkan aku dengan Kolej Uniti. Abang dia EA Kolej Uniti. 

SO, aku bincang dengan ibu. dan amek keputusan sambung Uniti. course yang ditawarkan, Diploma Pengajian Industri Halal, Pendidikan Awal Kanak Kanak, Diploma Pengajian Islam. dan lain lain lagi. Aku berminat dengan Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak, tetapi ibu menyarankan aku sambung diploma pengajian islam. dilema jugak waktu tu. 

aku amek masa jugak nak pilih amek course apa, sampaikan aku datang sekolah maahad. jumpa cikgu cikgu yang rapat dengan aku untuk mintak pendapat. 

" ikut lah kata ibu. sebab restu ibu ada bersama sama dengan kita "

aku daftar masuk uniti bukan seorang dari Maahad. Heheheee :D

aku offer uniti dekat classmate aku since form 4. nama dia Noralyaa Farhanah. sebab aku offer dengan dia adalah , aku tahu, leya pun minat bahasa arab macam aku. dan leya dapat tawaran ke matrix (kalau tak silap) course sains. atas persetujuan kami berdua, kami sambung pelajaran ke Kolej Uniti intake Jun 2015

kolej uniti (uniti village)

blog penginapan untuk Mahasiswa dan Mahasiswi 


Alhamdulillah, sekarang aku dah sem 4. Insha Allah , pertengahan tahun depan kami graduate ^^, doakan segala urusan kami semua dipermudahkan (: 






Doa dan restu ibu membawa ke syurga  

Tuesday, 17 January 2017

KERINDUAN


  ... بسم الله الرحمن الرحيم



Hai blogger :D 

Nama diberi Nur Syafawani Binti Arifin. Bagi tahun 2017, genap 23hb mei nanti genap lah umur sebanyak 20 tahun. Dah tua dah sebenarnya, tapi perangai masih macam budak-budak. almaklom lah , memang suka dengan budak budak. Aku anak sulung daripade tiga adik-beradik. bila anak sulung nie, memang terkenal dengan sifat garangnya. tapi sejujurnya, aku takut kalau bergaduh dengan Izzat (anak second)sebab apa aku takut ? sebab dia tinggi dari aku. bukan setakat tinggi, dah macam galah dah aku tengok dia. Nama sebenar dia, Muhammad Izzat Syahmi.

Tapi bila dengan adik bongsu aku tu, aku memang garang sikit. Bukan sikit lah, Banyak rasanya. Hahahaa. sebab apa? sebab dia suka dengki akak sulung dia lah. Nakal nya tuu. Mashallah. tapi nak buat macam mana kan, adik sendiri. mesti lah sayang lebih dekat dia. Nama dia Nur Eryna Syamimi. Seakan akan sama right ? dengan Izzat Syahmi. yaa, ibu bagi nama tu, sebab izzat merajuk tak dapat adik perempuan. Hahahaaa. Makin eryna membesar, makin eryna ikut apa aku buat. "adik nak jadik macam akak, "katanya. So, aku kena jadi contoh yang baik untuk adik adik aku.   
adik adik sudah, sekarang aku nak cerita tentang dua orang insan tersayang dalam hidup aku. Tanpa mereka siapa lah aku, tanpa mereka.. dah macam nak bersajak lha pulak. hek hek hek. Ok, ayah merupakan ketua keluarga kami. Nama penuh ayah, Arifin bin Abdul Majid. Ayah pendiam orangya.. tak banyak cakap, ini kan pulak nak tengok ayah marah. memang susah lah. Tapi kalau ayah tak suka anaknya buat something tu, ayah akan bagi tahu ibu. dan ibu akan tegur kami. itu lah AYAH :) 
Ibu ^^, baru sebut perkataan ibu. Hati ni dah rasa rindu. Nama ibu Norazilah. nama manja G. huhu. kalau nak cerit pasal ibu, memang tak habis lah kan. jadi aku amek sikit je lha. yang selebihnya biar menjadi rahsia :X heheheee. Bila ibu masak untuk kami sekeluarga, ibu akan masak banyak lauk . lebih dari satu tu banyak lha kan ? Hahahaaaa. berpunca daripada kerenah kami sebenarnya, Eryna dan Ayah kalau lauk kena yang berkuah (kari/sup/kurma). tapi, izzat dan aku kurang berkuah. kiteorang suka sambal or makanan yang pedas pedas. tapi, eryna dan ayah tak makan pedas. see? ibu tetap sabar dengan kerenah kami. masak banyak lauk biar sama adil. hehe. that why i love them, ibu dan ayah . 


panjang kan entry nie, ini belum aku cerita fully tentang diri aku. sekolah apa semua. aku tulis entry nie dulu, pasal family, sebab aku bebetul rindukan family aku. 

-salam rindu dari kejauhan-