HANYA INSAN BIASA YANG SERBA KEKURANGAN

Saturday, 21 January 2017

Fi Hifzillah, bakal imamku (:

"Pasangan Hidup"

saat telinga menangkap perkataan pasangan hidup, fikiran mula membayangkan bagaimana pasangan hidup kita nanti. Ada yang berdegup kencang, ada pula yang berlagak biasa. seolah olah berada di alam mimpi, sang puteri menantikan putera hidupnya. dan sang putera tercari cari pemilik kasut. macam cerita dongeng pulak kan . Hahahaa.

JODOH 

bila bercakap pasal jodoh, semua tahu. jodoh itu rahsia Allah. ketentuan Allah. ada orang yang sedang menantikan jodohnya. ada pula yang terpaksa melalui duka dan perit dengan insan yang tidak tepat. yang penting semua yang terjadi ada hikmahnya tersendiri.

bercakap soal pasangan hidup, bagi aku ...

aku dah pernah dikecewakan. pernah disakiti. pernah rasa give up dengan semua lelaki. sampai rasa benci dengan lelaki. aku bangun sendiri. aku lost waktu tu. macam dah tak ada apa apa. 

" Kenapa lelaki itu pergi ? 
  sebab kau berdoa kepada Allah untuk dapatkan lelaki yang terbaik. 
  Dan lelaki itu bukan orang nya " 

"jika kita jatuh sebab manusia, bangkitlah kerana Allah" 

sehingga datang seorang lelaki dalam hidup aku. yang pada mulanya kami hanya sekadar berkawan. dah berkawan, loss contact kejap. bukan loss, tapi ada jurang antara kami. waktu tu, aku hanya mampu berdoa semoga diberikan yang terbaik. 


Dan suatu hari, dia muncul dan menyatakan isi hatinya. selang seminggu, dia bawa aku berjumpa dengan family nya. pertemuan yang tidak dirancang. dalam keadaan aku tidak sedia. sungguh, aku tak ada pengalaman langsung jumpa mak orang. memang dia ada niat nak bawak aku jumpa mak dia, tapi tidak seawal ini. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. 

perwatakannya sangat menyenangkan aku. tutur bicara nya lemah lembut. jarang sekali aku dengar dia sebut perkataan perkataan kesat. kadang kadang, aku sendiri malu dengan diri sendiri. kalau aku ada buat silap, dia tegur apa silap aku. tak kisah dari segi tutur bicara, sikap aku. dan juga pakaian aku.
Rupa paras ? Bagi aku hati lagi penting. rupa hensom tapi kalau menyakitkan hati kita. tak boleh jugak kan? yang penting hati dia ikhlas berkawan dengan kita. well. sesetengah orang, suka lelaki yang badan sado sado. bagi aku, tak kisah lha fizikal dia macam mana sekali pun, yang penting mempunyai iman yang sado. aku nie masih banyak kekurangannya. banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki.mana ada insan yang sempurna dalam dunia ni. semua ada kekurangan dan kelebihan masing masing. itu lah function nya, allah mencipatakn setiap orang itu berpasang pasangan. untuk saling melengkapi antara satu sama lain. 

kalau nak cerita pasal ni, memang tak habis lha. yang selebihnya biarlah menjadi rahsia aku :)

Aku dah bawak dia jumpa ibu bapa ku. Dia dah bawak aku jumpa ibu ayah dia. sekarang kami hanya perlu bersaing mencapai cita-cita kami. seperti dia yang ingin tunaikan hasrat ibu dan ayahnya ingin melihat dia sambung ijazah, dapat kerja kerja bagus sebagai satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya. manakala aku, tekad membantu ibu dan ayah membesarkan adik adik. aku ingin senangkan kedua ibu bapaku dahulu, baru fikir soal kahwin. 

aku pasti, suatu hari nanti. kami akan berpisah dan membawa haluan hidup masing masing. menunaikan tanggungjawab seorang anak kepada keluarga. dan memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik. pada ketika itu, aku hanya mampu berdoa semoga ia hanya perpisahan semenatara. memang betul orang kata, jodoh itu dah ditetapkan Allah. tapi kita kena ingat, doa mampu mengubah takdir. yang penting kita kena yakin dengan apa yang kita buat ^^, 


" If it's means to be, it will find it's own way. just trust the power of Dua and stay strong "

Fi Hifzillah bakal imamku (: 


No comments :