HANYA INSAN BIASA YANG SERBA KEKURANGAN

Tuesday, 17 January 2017

KERINDUAN


  ... بسم الله الرحمن الرحيم



Hai blogger :D 

Nama diberi Nur Syafawani Binti Arifin. Bagi tahun 2017, genap 23hb mei nanti genap lah umur sebanyak 20 tahun. Dah tua dah sebenarnya, tapi perangai masih macam budak-budak. almaklom lah , memang suka dengan budak budak. Aku anak sulung daripade tiga adik-beradik. bila anak sulung nie, memang terkenal dengan sifat garangnya. tapi sejujurnya, aku takut kalau bergaduh dengan Izzat (anak second)sebab apa aku takut ? sebab dia tinggi dari aku. bukan setakat tinggi, dah macam galah dah aku tengok dia. Nama sebenar dia, Muhammad Izzat Syahmi.

Tapi bila dengan adik bongsu aku tu, aku memang garang sikit. Bukan sikit lah, Banyak rasanya. Hahahaa. sebab apa? sebab dia suka dengki akak sulung dia lah. Nakal nya tuu. Mashallah. tapi nak buat macam mana kan, adik sendiri. mesti lah sayang lebih dekat dia. Nama dia Nur Eryna Syamimi. Seakan akan sama right ? dengan Izzat Syahmi. yaa, ibu bagi nama tu, sebab izzat merajuk tak dapat adik perempuan. Hahahaaa. Makin eryna membesar, makin eryna ikut apa aku buat. "adik nak jadik macam akak, "katanya. So, aku kena jadi contoh yang baik untuk adik adik aku.   
adik adik sudah, sekarang aku nak cerita tentang dua orang insan tersayang dalam hidup aku. Tanpa mereka siapa lah aku, tanpa mereka.. dah macam nak bersajak lha pulak. hek hek hek. Ok, ayah merupakan ketua keluarga kami. Nama penuh ayah, Arifin bin Abdul Majid. Ayah pendiam orangya.. tak banyak cakap, ini kan pulak nak tengok ayah marah. memang susah lah. Tapi kalau ayah tak suka anaknya buat something tu, ayah akan bagi tahu ibu. dan ibu akan tegur kami. itu lah AYAH :) 
Ibu ^^, baru sebut perkataan ibu. Hati ni dah rasa rindu. Nama ibu Norazilah. nama manja G. huhu. kalau nak cerit pasal ibu, memang tak habis lah kan. jadi aku amek sikit je lha. yang selebihnya biar menjadi rahsia :X heheheee. Bila ibu masak untuk kami sekeluarga, ibu akan masak banyak lauk . lebih dari satu tu banyak lha kan ? Hahahaaaa. berpunca daripada kerenah kami sebenarnya, Eryna dan Ayah kalau lauk kena yang berkuah (kari/sup/kurma). tapi, izzat dan aku kurang berkuah. kiteorang suka sambal or makanan yang pedas pedas. tapi, eryna dan ayah tak makan pedas. see? ibu tetap sabar dengan kerenah kami. masak banyak lauk biar sama adil. hehe. that why i love them, ibu dan ayah . 


panjang kan entry nie, ini belum aku cerita fully tentang diri aku. sekolah apa semua. aku tulis entry nie dulu, pasal family, sebab aku bebetul rindukan family aku. 

-salam rindu dari kejauhan- 

No comments :