HANYA INSAN BIASA YANG SERBA KEKURANGAN

Friday, 20 January 2017

TENTANG AKU

Bismillahirrahmannirrahim.. 

Assalamuaaikum dan Hai :) 

seperti yang sedia maklum, minggu lalu. aku ad buat entry tentang keluarga aku. sebab waktu tu. perasaan rindu tu membuak buak. aceceh. siapa je tak rindu family, right ?

jadi, entry kali nie, aku ingin memnceritakan serba sedikit tentang AKU. 

Nama diberi, Nur Syafawani binti Arifin. AKu lahir bertarikh, 23 MEI 1997. dah masuk 20 tahun dah untuk tahun 2017 nie. Lahir dekat Hospital Tangkak. dan dibesarkan di Kampung Bekoh. Seperti yang sedia maklum, aku adalah anak sulung daripada 3 adik beradik. 

Aku memulakan pendidikan prasekolah pada usia 6 tahun. Sekolah Kebangsaan Bekoh, sekolah tak berapa nak besar, dan tak berapa kecil. Dekat dengan rumah aku. Aku start aktif dalam sukan since darjah 4, sukan dan jugak akademik. Lompat jauh, lompat tinggi, lumba lari. semua aku conquer. almaklom lah dulu kurus lagi. Hahahahahaaa. dari segi akademik, aku involve dalam pertandingan mengarang, kuiz dan tulisan khat. Dan, Alhamdulillah aku mendapat 5A dalam UPSR. 


padang sekolah

Aku melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar. awalnya, aku langsung tidak ada niat nak sambung di sekolah agama. lebih lebih lai aliran agama. ada sabjek arab. atas permintaan ibu dan ayah, aku daftar masuk sekolah tersebut. antara sebabnya, ada akak sepupu aku sekolah situ. so senang nak buat pape ape urusan. 

Maahad Muar 


Masuk je ke alam menengah, aku pasang niat. tak nak aktif dalam apa apa bidang. tak kisah lha akademik atau pun koko. konon nak jadi murid yang pasif lah. form 1 je aku bertahan, masuk form 2. aku terlibat dengan pertandingan kawad kaki bagi skuad Kadet Remaja Sekolah (KRS)sampai lah ke form 5 aku setia berkawad untuk KRS. sambilan, join pertandingan bola tampar peringkat daerah waktu form 4 dan form 5. itu pun dah cukup pack bagi aku :3 





Aku tamatkan alam persekolahan tahun 2014. macam macam suka dan duka pahit dan manis sepanjang sekolah dekat sini. bak kata senior aku, 

" kalau tak ada kenangan tu , tak bermakna lha "

Memang alam persekolahan lah alam yang paling aku rindu.









kelas 5 Mujahid 2014







Orang kata, tak legend lah kalau dah habis sekolah tak panjat tangki sekolah. so, habis je paper SPM. keesokan harinya, lepas subuh. kiteorang pergi lah panjat tangki sekolah kat belakang rumah warden, sebagai kenangan terakhir kat Maahad. 

pemandangan sdari tangki sekolah. 

Result SPM aku tidak membanggakan ibu dan ayah. Aku tidak diterima di IPTA. Ada nama aku, tapi untuk penggilan kedua di UITM Lendu course Teknologi Pejabat. Tawaran lain, form 6 aliran sains. Asalnya, aku bekerja di Cafe Kolej Komuniti. akak yang satu kerja dengan aku. kenalkan aku dengan Kolej Uniti. Abang dia EA Kolej Uniti. 

SO, aku bincang dengan ibu. dan amek keputusan sambung Uniti. course yang ditawarkan, Diploma Pengajian Industri Halal, Pendidikan Awal Kanak Kanak, Diploma Pengajian Islam. dan lain lain lagi. Aku berminat dengan Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak, tetapi ibu menyarankan aku sambung diploma pengajian islam. dilema jugak waktu tu. 

aku amek masa jugak nak pilih amek course apa, sampaikan aku datang sekolah maahad. jumpa cikgu cikgu yang rapat dengan aku untuk mintak pendapat. 

" ikut lah kata ibu. sebab restu ibu ada bersama sama dengan kita "

aku daftar masuk uniti bukan seorang dari Maahad. Heheheee :D

aku offer uniti dekat classmate aku since form 4. nama dia Noralyaa Farhanah. sebab aku offer dengan dia adalah , aku tahu, leya pun minat bahasa arab macam aku. dan leya dapat tawaran ke matrix (kalau tak silap) course sains. atas persetujuan kami berdua, kami sambung pelajaran ke Kolej Uniti intake Jun 2015

kolej uniti (uniti village)

blog penginapan untuk Mahasiswa dan Mahasiswi 


Alhamdulillah, sekarang aku dah sem 4. Insha Allah , pertengahan tahun depan kami graduate ^^, doakan segala urusan kami semua dipermudahkan (: 






Doa dan restu ibu membawa ke syurga  

No comments :